| |
| Latest Events |
| |
Assalamualaikum and Salam Sejahtera Tuan / Puan, Radio Televisyen Brunei (RTB) melalui Bahagian Penyelidikan dan Perkembangan sedang menjalankan Kaji Selidik Maklumbalas Audiens bagi Segmen Raudhah Hati di Rancangan Rampai Pagi. Segmen Raudhah Hati bersiaran langsung di dalam Program Rampai Pagi sebulan sekali pada hari sabtu minggu ke-3, jam 8:40 pagi. Segmen ini disampaikan oleh kaunselor-kaunselor dari Bahagian Perkhidmatan Kaunseling (BPK), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan membawakan topik-topik yang mengetengahkan mengenai ketenangan, kesejahteraan hati, minda dan kehidupan termasuk motivasi dan menangani tekanan kerja seperti kebimbangan, kemurungan dan stres. Oleh itu, Kaji Selidik ini bertujuan untuk:Mengetahui demografi dan sambutan Segmen Raudhah Hati di Rancangan Rampai Pagi.Mendapatkan maklumbalas audiens mengenai keberkesanan dan pencapaian termasuk usefulness Sesi Wawancara di Segmen Raudhah Hati.Mendapatkan maklumbalas penonton mengenai subjek/topik yang dibawakan dan untuk diketengahkan dalam segmen ini.
Sehubungan itu, memohon kerjasama semua warga perkhidmatan awam untuk ikut serta dalam kaji selidik tersebut dengan mengimbas kod QR atau melalui pautan/link berikut:
Sertai Kaji Selidik Maklumbalas Audiens bagi Segmen Raudhah Hati di Rancangan Rampai Pagi melalui kod QR yang tertera diatas, atau melalui pautan/link berikut:
Tempoh menjawap kaji selidik ini adalah sehingga 7 April 2024.Maklumbalas awda adalah sangat dihargai.
| Latest Events |
| | | Latest Events |
| | | Latest Events |
| | | Latest Events |
| | | Latest Events |
| |
19 Februari - Jabatan Radio Televisyen Brunei (RTB) melalui Bahagian Pemasaran dan Promosi telah mengadakan Hari Info Penajaan RTB (RTB Enterprise Commingle Day) bertempat di Kompleks Penyiaran Radio Televisyen Brunei (RTB) Sungai Akar.
Selain mengeratkan hubungan kerjasama, Hari Info Penajaan adalah bertujuan bagi mengongsikan bagaimana RTB dapat menyediakan satu platform pemberigaan pemasaran dan produk perkhidmatan bagi syarikat-syarikat dan pengusaha tempatan melalui acara-acara yang bakal diungkayahkan oleh RTB sepanjang tahun 2024.
Antara acara dan program anjuran RTB yang akan diadakan pada tahun ini adalah Pertandingan Best914, Final Quest, Anugerah Kreatif (gabungan Anugerah Pelangi, BruMV dan Express E-Hitz), Bintang Harmoni, Jerayawara ‘Badudun Bersama Biskita’ dan RTB Media Karnival.
Syarikat-syarikat yang hadir di acara ini ialah Baiduri Bank Berhad, Perbadanan Tabung Amanah Islam (TAIB), Darussalam Service Sdn Bhd, Imagine, J Hotel Brunei, GHK Motors, Brunei Shell Marketing (BSM), Par Food and Beverages Sdn Bhd, Al Bukhari Textile, Hamitan Group, GoMamam dan Incomm.
| Latest Events |
| | | Latest Events |
| |
Perkara: Bengkel Penulisan Skrip Drama TV
Tarikh: 26 hingga 29 Februari 2024 (04 hari)Masa: 08:15 pagi - 4:30 petangTempat: Pusat Perkembangan Penyiaran,Radio Televisyen BruneiSimpang 189, Jalan Madang / Jalan 17 Simpang 41, RPN Lambak KananNegara Brunei Darussalam Yuran Pendaftaran: Orang Awam / Self-Employed (BND 15.00) Pelajar Institusi Tinggi (BND 20.00) Bekerja Di Sektor Kerajaan & Swasta (BND 50.00) Warga RTB (BND 25.00) Borang penyertaan boleh diperolehi di Penyambut Tetamu, Ibu Pejabat RTB, Bangunan Sekretariat, Bandar Seri Begawan atau melalui laman sesawang http://www.rtb.gov.bn ataupun mengimbas QR Kod, tidak lewat Hari Sabtu, 17 Februari 2024. Penyertaan adalah terhad. Bagi sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi penyelaras program ditalian +673 2341308.
| Latest Events |
| | | Latest Events |
| | | Latest Events |
| |
Sekalung Tahniah Kepada PemenangPeraduan Mencipta dan Menerbitkan Lagu Perkahwinan Diraja 2024.
Jutaan terima kasih dan penghargaan atas kerjasama,sumbangan, sokongan dan penyertaan para pengkarya yang cukup menggalakkan. Syabas kepada semua.
Allah Peliharakan Pengantin DirajaRTB: Sentiasa Bersama Biskita | Latest Events |
| | | Latest Events |
| | | Latest Events |
| | | Latest Events |
| | | Latest Events |
| | | Latest Events |
| | | Latest Events |
| | | Latest Events |
| | | Latest Events |
| | | Latest Events |
| |
Bengkel Asas Penerbitan Video Pendek akan diadakan selama 04 hari pada 11 hingga 14 September 2023. Berminat untuk ikut serta? Borang penyertaan boleh diperolehi di Penyambut Tetamu, Ibu Pejabat RTB, Bangunan Sekretariat, Bandar Seri Begawan atau melalui laman sesawang http://www.rtb.gov.bn ataupun mengimbas QR Kod, tidak lewat Hari Khamis, 7 September 2023. Penyertaan adalah terhad. Bagi sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi penyelaras program ditalian +673 2341308.
Perkara: Bengkel Asas Penerbitan Video PendekTarikh: 11 - 14 September 2023 (04 hari)Masa: 08:30 pagi - 4:30 petangTempat: Pusat Perkembangan Penyiaran,Radio Televisyen BruneiSimpang 189, Jalan Madang / Jalan 17 Simpang 41, RPN Lambak KananNegara Brunei Darussalam Yuran Pendaftaran: Orang Awam / Self-Employed (BND 15.00) Pelajar Institusi Tinggi (BND 20.00) Bekerja Di Sektor Kerajaan & Swasta (BND 50.00) Warga RTB (BND 25.00)
Borang penyertaan boleh diperolehi di Penyambut Tetamu, Ibu Pejabat RTB, Bangunan Sekretariat, Bandar Seri Begawan atau melalui laman sesawang http://www.rtb.gov.bn ataupun mengimbas QR Kod, tidak lewat Hari Khamis, 7 September 2023. Penyertaan adalah terhad. Bagi sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi penyelaras program ditalian +673 2341308.
| Latest Events |
| | | Latest Events |
| |
Bengkel Jurucara Majlis (Master of Ceremony)Tarikh: 04-07 September 2023Masa: 8.00 pagi hingga 12.15 tgh/hari & 2.00 hingga 4.30 ptgTempat diadakan:Pusat Perkembangan PenyiaranRadio Television BruneiSpg 189, Jln Madang/Jln 17Spg 41,RPN Lambak Kanan Brunei Darussalam.
Bayaran Penyertaan:Orang Awam l BND 15.00Pelajar Institusi Tinggi l BND20.00Sektor Kerajaan & Swasta l BND50.00Warga RTB l BND 25.00
Kaunter BayaranSeksyen Kewangan RTB Tkt 1, Bangunan Sekretariat, Bandar Seri Begawan
Dibuka pada:[Isnin- Khamis]8.30 pagi hingga 11.30 pagi & 2.00 petang hingga 3.00 petang[Sabtu]8.30 pagi hingga 10.00 pagi[10:04 am, 17/08/2023] Safwanah (Latihan) RTB: • Penyertaan dibukakan untuk orang ramai dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam;• Borang Penyertaan hendaklah diisikan dengan lengkap;• Berumur di antara 18 tahun hingga 60 tahun;• Berminat dalam bidang juruacara majlis• Borang lengkap hendaklah dikembalikan kepada Penyambut Tetamu Radio Televisyen Brunei, Tingkat 1, Bangunan Sekretariat, Bandar Seri Begawan tidak lewat hari Rabu, 30 Ogos 2023 Jam 4.00 petang.
• Penyertaan Adalah Terhad.
Pengenalan:Juruacara Majlis (MC) adalah orang yang paling berkuasa dalam sebuah majlis, bermula sebelum majlis dilaksanakan sehingga majlis itu ditamatkan. TV Juruacara Majlis (MC) bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengawal serta memimpin perjalanan sesebuah majlis. Ianya dilihat mudah tetapi tidak senang kerana memerlukan daya kreativiti, serta kebolehan untuk bertutur dengan lancar dan berkesan serta bersedia untuk apa-apa jua insiden yang tidak dirancang.
ii. Bengkel ini dihasratkan untuk dibukakan kepada semua masyarakat, orang awam, pelajar institusi tinggi, sektor kerajaan/swasta dan warga RTB, bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruacaraan majlis (majlis formal dan informal).
iii. Bengkel ini akan membincangkan mengenai perkara yang berkaitan dengan persiapan yang diperlukan sebagai seorang juruacara majlis bagi menjalankan tugas dengan profesional dan penyampaian yang berkesan dan komprehensif.
Objektif:
a. Diakhir program laithan, peserta akan dapat :-
i. Meningkatkan kemahiran dalam menjadi seorang juruacara yang professional, berkeyakinan dan berkaliber dan juga penyampaian yang kreatif;
ii. Mengetahui dan memahami asas menjadi juruacara majlis; dan
iii. Membuat persediaan penulisan skrip untuk menjadi juruacara majlis-majlis formal/informal.
Sila tekan link untuk memuat turun borang penyertaan:
| Latest Events |
| | | Latest Events |
| |
Sila tekan link untuk memuat turunBorang serta Syarat & Terma "Pitch Your Ideas 2023":
| Latest Events |
| | | Latest Events |
| | | Latest Events |
| | | Latest Events |
| | | Latest Events |