Skip Ribbon Commands
Skip to main content

RTB Promo

Manage PermissionsManage Permissions
Peralihan Radio Televisyen Brunei ke SIARAN TV DIGITAL

Untuk makluman RTB telah mula beralih ke siaran TV DIGITAL sejak tahun 2009. Untuk menerima siaran yang bermutu tinggi dan audio yang jelas, disarankan untuk beralih kepada siaran televisyen digital RTB.

Siaran digital televisyen RTB dapat diterima dengan menggunakan set televisyen digital yang mempunyai built-in tuner (IDTV) dengan sistem DVBT2 dan aerial UHF (Ultra High Frequency).

Terma-terma teknikal ini boleh diajukan kepada pembekal atau penjual televisyen digital bagi memastikan orang ramai mendapatkan jenis set televisyen yang betul.

Untuk makluman siaran TV analog yang dipancarkan dari Stesen Pemancaran Andulau, Daerah Belait akan secara rasminya ditutup pada 31 Julai 2017. Sementara siaran analog yang dipancarkan dari Stesen Pemancaran Bukit Subok akan ditutup mulai 31 Disember 2017.

Siaran TV analog adalah merupakan sistem penyiaran yang sudah lama dan tidak lagi digunapakai oleh stesen-stesen penyiar serantau dan antarabangsa.

Radio Televisyen Brunei telah mula beralih ke SIARAN TV DIGITAL sejak tahun 2009. Bagi penerimaan siaran yang bermutu tinggi dan audio yang lebih jelas, disarankan untuk beralih kepada Siaran TV DIGITAL.

Peralatan aerial turut memainkan peranan penting untuk memastikan penerimaan siaran televisyen digital dapat diterima dengan jelas.

Memandangkan terdapatnya sebahagian kawasan di negara ini yang berbukit-bukau, orang ramai adalah disarankan untuk memasang outdoor aerial jenis Ultra High Frequency (UHF) dengan menghalakannya ke stesen pemancaran Andulau bagi Daerah Belait dan sebahagian Daerah Tutong dan ke stesen pemancaran Bukit Subok jika berada di kawasan Daerah Brunei Muara dan Dearah Temburong.

Bagi kawasan yang jauh dari stesen-stesen tersebut, penonton adalah disarankan untuk memasang booster bagi mendapatkan siaran yang optima.

Untuk makluman, Siaran TV Analog yang dipancarkan dari Stesen Pemancaran Andulau di Daerah Belait telah diberhentikan pada 31 Julai 2017. Sementara Siaran TV Analog yang dipancarkan dari Stesen Pemancaran Bukit Subok akan diberhentikan pada 31 Disember 2017.

Radio Televisyen Brunei telah mula beralih ke SIARAN TV DIGITAL sejak tahun 2009. Bagi penerimaan siaran yang bermutu tinggi dan audio yang lebih jelas, disarankan untuk beralih kepada Siaran TV DIGITAL.

Setelah aerial UHF telah siap dipasang dan disambungkan ke IDTV, biskita harus mencari senarai saluran TV Digital secara AUTOMATIK (AUTO-TUNE) untuk menonton saluran TV Digital RTB: RTB Perdana, RTB Aneka dan RTB Sukmaindera.

Attachments