Skip Ribbon Commands
Skip to main content

RTB Promo

Manage PermissionsManage Permissions
Rapsodi 2017

​Rapsodi, sebuah rancangan hiburan terbitan bersama Radio Televisyen Brunei (RTB) dan Mediacorp Singapura. Ianya merupakan salah satu projek yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) di dalam bidang penyiaran di antara Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Republik Singapura yang ditandatangani pada tahun 1990.

Antara barisan artis Negara Brunei Darussalam yang akan membuat persembahan adalah Aziz Harun, Pg Amilin, Hasrina Haji Pancha, Syafiqah Rosli dan Kumpulan Penari Blaze Dancers.

Artis-artis Singapura akan dipersembahkan oleh Sunny Jackson, Hariani Hassan Bakri, Iskandar Ismail, Rahila Rashun dan Kumpulan Penari, Electrify-E.

Tahun ini, Rapsodi membawa tema “Teman Dalam Muzik” akan diadakan di Studio 1, Mediacorp Campus, Stars Avenue di Singapura.
Ianya akan disiarkan secara langsung di RTB Aneka pada 8 Disember pada jam 8.30 malam.

Rancangan ini juga dapat ditonton secara 'live-streaming' melalui akaun rasmi media sosial “Facebook” di www.facebook.com/rtb.bn, “Youtube” di www.youtube.com/c/rtbbn dan juga di laman sesawang rasmi di www.rtb.gov.bn.

rapsodi live.jpg

Attachments