Skip Ribbon Commands
Skip to main content

What's On

Manage PermissionsManage Permissions
Borang Penyertaan Ujibakat Penyampai Program TV

ujibakat_penyampai_program_tv_okt_2020_thumbnail.jpeg

Borang Penyertaan Ujibakat Penyampai Program TV


Adakah awda berminat untuk menjadi penyampai Program TV?  


Radio Televisyen Brunei (RTB) melalui Seksyen Perisian Kreatif, Bahagian TV kini membukakan penyertaan Uji Bakat terbuka bagi penyampai Program TV secara berprojek. Sesi uji bakat tersebut adalah bagi warganegara Brunei Darussalam yang berumur di antara 8 hingga 27 tahun dan dibukakan kepada lelaki dan perempuan.


Ujibakat tersebut akan di adakan pada 12hb Oktober 2020 dan 18hb Oktober 2020.

Sesi pagi bermula jam 10 pagi hingga 12:30 tengahari dan sesi petang bermula jam 2:00 petang hingga 4:30 petang bertempat di Mini Konti, Tingkat 1, RTB Sg. Akar.


Pemohon mestilah mempunyai berperwatakan menarik dan berketerampilan, fasih berbahasa Melayu dan Inggeris. 

 

Pemohon juga hendaklah menyertakan borang penyertaan ujibakat penyampai program TV yang boleh dimuat turun dari laman sesawang RTB: http://www.rtb.gov.bn/ dan menghantarkannya terus ke e-mel: seksyenperisiankreatif@gmail.com.

 

Bagi sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi terus ditalian pejabat 2384666 sambungan 4140.


Syarat Penyertaan:

Bagi warganegara Brunei Darussalam yang berumur di antara 8 - 27 tahun.

Dibukakan kepada lelaki dan perempuan.

Mempunyai berperwatakan menarik dan berketerampilan.

Fasih berbahasa Melayu (fasih dalam Bahasa Inggeris adalah kelebihan).

Bersemangat dan berkarisma.

Berkebolehan bertutur tanpa skrip.


Sila tekan untuk memuat turun borang penyertaan:

Borang_Penyertaan_Ujibakat_Penyampai_Program_TV_Okt_2020.doc


Attachments